UTAMA

Macam mana nak dapatkan bitcoin (BTC) atau ethereum (ETH)?


Tips:-


1. Pilih, pasang dan gunakan walet tunai/aset digital kripto yang sesuai.

2. Cara-cara mendapatkan bitcoin/ethereum atau lain-lain tunai/aset kripto:-
  • Minta daripada orang lain atau laman-laman web ‘faucet’
  • Kerja - minta gaji atau bayaran tugasan dalam bitcoin
  • Berniaga - jualkan produk atau perkhidmatan dalam bitcoin
  • Tukarkan dengan matawang lain (RM, USD dan sebagainya)
  • ‘Mining’?

ONLINE WALLET(dapatkan BTC menggunakan RM sekarang dalam masa sepantas 10 minit):-


Remitano (juga untuk Bitcoin atau Ethereum - belian tak kurang 0.02 BTC / 0.02 ETH  (antara RM20 - RM400 mengikut kadar tukaran SEP 2017, hanya melalui pindahan bank dalam tempoh 15 minit, dan boleh pilih negara, sama ada wallet yang disediakan atau wallet lain): 

Tukar Bitcoin/RM: klik Sini

Tukar Ethereum/RM: klik Sini



Luno (untuk Bitcoin sahaja, bermula RM2 hingga RM20,000 setiap transaksi bayar melalui Maybank sahaja setakat SEP 2017, dengan had tak lebih RM5,000 dengan pengesahan identiti asas, atau sehingga RM300,000 sebulan dengan pengesahan identiti lengkap): (gunakan kod promosi X2AMR atau tanya rakan anda bagi mendapatkan bonus RM5 ~ 300+ bit dengan belian terkumpul serendah RM250).


Anda tak digalakkan menyertai program-program pemasaran berbentuk skim “ponzi” atau rantaian piramid, mahpun “kutu” yang mana memerlukan yuran penyertaan (atau derma), dan/atau pelaburan tertentu walaupun sekecil RM10 ~ 0.002 BTC misalnya, kerana program-program seperti ini biasanya tidak tahan lama, dan apabila ia mula berhenti membuat bayaran “keuntungan” kepada peserta, anda mungkin akan kehilangan kawan, atau pertalian saudara!


Berhati-hati apabila diajak menyertai program-program sebegini walaupun penganjurnya adalah sebuah yayasan, koperasi, atau kelab berdaftar dengan 

Jabatan Pertubuhan (ROS) atau Suruhanjaya Koperasi (SKM), mahupun syarikat dengan sijil atau surat kelulusan program pemasaran KPDNKK mahupun jika ahli-ahlinya adalah orang kenamaan VIP atau artis popular dengan gelaran Tan Sri, Dato’ dan sebagainya, juga tuan Ustaz, Haji, Dr, Profesor, Ir. dan lain-lain.

BITCOIN! BITCOIN! APA BENDA PULAK ?

Mari nak cerita sikit,bitcoin ni memang matawang,tak percaya? Cuba download dekat play store "XE Currency" dalam tu tersenarai matawang negara-negara diseluruh dunia,bermakna nama-nama yang tersenarai dalam tu memang matawang la ya dan bitcoin pun ada sekali disitu. Benda alah ini di panggil cryptocurrency,digital currency, wang maya,wang elektronik ,apa lagi ya.... inilah Bitcoin.

Bitcoin ni ada anak-anak dia iaitu coin-coin lain.Tak percaya lihat sini ya coinmarketcap.com . Kalau kita ada simpan coin-coin ini nak guna sebagai matawang kita kene tukar kepada bitcoin dulu.

coin-coin yang tersenarai di coinmarketcap.com bernilai tau sebab ia dah berada dalam market dunia. Lepas ni kalau dengar nama coin-coin lain sila lah ya check dekat sini,kalau takda tendang jauh-jauh tak bernilai....

*UNTUK MEREKA YANG NAK MENYIMPAN@MENGUMPUL BITCOIN YANG SAYA TAHU ADA 3 CARA :-*

-1) Beli dengan orang yang ada bitcoin dan nak jual serta orang ni boleh dipercayai

-2) Melombong/mining bitcoin guna alat yang orang dok panggil mesin mining,yang ni modal realistik ,nak barang berharga tak boleh kedekut nak keluarkan modal .Alat ini bukan sebarang alat sekali dah running setiap hari dapat bitcoin percuma.

-3. Jadikan Bitcoin sebagai methode penerimaan pembayaran daripada pelanggan dalam bisnes awak,tapi dimalaysia tak ramai lagi yang guna seperti negara china,japan dll.

*APA BENDA PULAK BLOCKCHAIN.INFO ???*

Kalau nak tahu blockchain.info ni salah satu tempat simpan bitcoin yang awak ada tu yang paling selamat daripada kene hack.Bahasa mudahnya bank bitcoin la ya.....

Dalam tu kalau nak lihat nama-nama miner/pelombong besar dunia yang betul-betul buat real mining,awak boleh lihat dekat sini blockchain.info/pools,dalam carta itu ada nama tertera.Yang lain hati-hati la ya.

*MINING BITCOIN NI APA PULAK BOS???*

Mining/melombong bitcoin ni istilah ja,kalau nak tahu ia sebenarnya proses pengesahan transaksi diantara awak dan saya yang dilakukan oleh mesin mining yang dipasang dalam rangkaian internet.

Contoh Awak ada bitcoin nak transfer kepada saya,digit-digit yang awak tranfer kepada saya tu dalam 2-3 saat dah masuk ke dalam wallet bitcoin ,tapi dia masih flooting .masa ni  mesin -mesin mining sedang buat kerja proses pengesahan,bila dah berjaya, flooting tadi hilang ,traksaksi diantara kita selesai dan pemilik mesin-mesin mining dapat upah berupa block bitcoin baru(1 block ada 12.5 btc sekarang)

*NAK BUAT APA DENGAN BITCOIN NI??*

Macam-macam boleh buat,boleh guna :-
  • buat beli #kereta,
  • beli #rumah,
  • beli #tanah,
  • bayar #loan bank,
  • bayar tiket pergi #umrah,
  • #shopping sakan di mall seluruh dunia dan lain-lain 
  • pendidikan anak
  • #simpanan hari tua anda

fungsi dia sama seperti wang fiat,malah lebih mantap  boleh guna terus di lain-lain negara tanpa perlu exchange currency.

TAPI NAK BELI SIMPAN BITCOIN SEKARANG DAH MAHAL,JALAN TERBAIK KITA MELOMBONG/MINING BITCOIN.



p/s:Share info ini dekat kawan-kawan sebagai pengetahuan,